Tuesday, December 9, 2014

Review Panduan Sistem Saham


Adakah masalah atau persoalan di bawah berlaku kepada anda..

Asyik rugi jer bila beli saham?

Kawan cakap beli, aku pun belila..tapi lepas tu saham turun..

Saham tu dah naik 2 sen, aku nak beli la..nampak macam nak naik lagi..

Sebenarnya ada banyak lagi masalah dan persoalan yang timbul dalam pelaburan saham ini. Lagi lama anda dalam la yang anda akan jumpa dan pelajari. Tetapi ini adalah asam dan garam dalam pelaburan saham. Jika pelaburan saham ini senang dan mudah, maka sudah ramai la yang bergelar jutawan dek kerana melabur atau main saham ni..

Bagi mereka yang ingin bertapak lama dalam pelaburan saham, mereka akan sentiasa mengkaji teknik atau kaedah yang betul untuk memastikan mereka mendapat keuntungan dari pelaburan saham mereka. Maka pemilihan sistem dan kaedah yang betul untuk digunakan adalah amat penting.

Jadi saya ingin memperkenalkan kepada anda satu ebook yang boleh membantu anda untuk menggunakan satu cara atau kaedah yang betul dalam pelaburan saham bagi memastikan pelaburan saham anda berjaya dan berpanjangan.

Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini -->> Baca Sekarang




- Tim Panduan Melabur Saham -

Tips- Tips Penting Pelaburan Saham



Berikut adalah merupakan tips- tips penting yang bole digunakan dalam memastikan pelaburan saham kita berjaya dan berpanjangan:

a) Pastikan ilmu berkaitan saham mencukupi

Ini adalah antara elemen yang sangat penting dalam memastikan pelaburan saham anda berjaya dan berpanjangan. Tanpa ilmu yang yang mencukupi amatlah sukar untuk kita bertahan dalam dunia saham. Ia juga boleh menyebabkan modal dan masa yang kita habis begitu sahaja malahan kita terpaksa menanggung kerugian.

Jadi dapatkanlah ilmu sebanyak yang mungkin sebelum kita membuat keputusan untuk melabur. Pembelajaran setiap orang adalah tidak sama dan mengikut kemampuan masing-masing.

b) Kawal modal yang ada

Pengawalan modal adalah juga penting untuk memastikan kita mempunyai simpanan sekiranya
pembelian saham yang dibuat sebelum ini masih belum mendatangkan keuntungan disebabkan
penurunan harganya.

sebaiknya peruntukan 30% sahaja untuk pembelian saham dan 30% untuk pembelian saham kedua, manakala lebihan 40% pula disimpan untuk kegunaan masa tertentu. Kemudian gunakan nisbah yang sama untuk pembelian seterusnya.

c) Banyak membaca & ambil tahu

Pembacaan yang banyak & bertanya dari mentor atau pakar mengenai saham mampu memantapkan lagi asas kita dalam pelaburan saham. selain itu dengan mengambil tahu berita terkini berkenaan sesuatu saham yang ingin dibeli boleh membantu dalam memberikan kita panduan untuk pembelian saham yang lebih tepat.

d) Kawal emosi agar tidak tamak

Ini juga adalah antara elemen penting yang perlu dititikberatkan kerana tanpa kawalan emosi  yang baik, ia akan menyebabkan kita mengalami kerugian malahan boleh menyebabkan modal kita hangus.

e) Yakin dengan pilihan anda

Mengikut permerhatian dan pengamatan saya, terdapat ramai pelabur yang terikut-ikut dengan kaedah atau cara melabur orang lain. Mereka tidak mahu membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan. Mereka lebih percayakan orang lain dari diri mereka sendiri. 

f) Selalu membuat ulangkaji

Adalah amat penting untuk membuat ulangkaji dan penilaian semula terhadap tahap pelaburan kita. Adakah kaedah dan cara yang digunakan bersesuaian dan yang paling penting mendatangkan keuntungan. Jika tidak ambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji atau membaca semula nota atau rujukan yang kita ada untuk mendapatkan kepastian jika berlaku sebarang kesalahan dalam kaedah atau teknik yang digunakan.

adalah lebih baik jika kita dapet merujuk kepada sifu atau mentor kita untuk mengetahui maklum balas mereka mengenai kaedah pelaburan kita.

g) Berhati- hati dengan syarikat yang beri signal

Terdapat syarikat di luar sana samada di dalam atau dari luar negara yang menawarkan khidmat memberikan signal melalui SMS atau email. Mereka menawarkan servis  seperti ini sama ada secara bulanan mahupun tahunan. Harga yang ditawarkan juga ada yang murah & tidak kurang juga yang mahal. Saya pernah juga dihubungi oleh syarikat yang menawarkan servis seperti ini tetapi hargayang ditawarkan amatlah mahal dan tidak mampu ditanggung oleh saya. Di samping itu, saya juga tidak mengetahui latar belakang syarikat tersebut & kepastian tentang kredibiliti mereka.

Jadi di harap anda dapat berhati-hati dengan syarikat sebegini. Jika hendak mendapatkan servis seperti ini, disarankan untuk anda mengambil "free trial" terlebih dahulu untuk mendapatkankesahihan tentang servis yang ditawarkan. 

Semoga tips- tips yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin untuk membantu pelaburan saham kita agar lebih berjaya di masa akan datang.


- Tim Panduan Melabur Saham -

Saturday, December 6, 2014

Asas Pelaburan Saham



Pelaburan saham atau main saham merupakan salah satu atau kaedah untuk menggandakan wang simpanan anda selain dari membuat simpanan anda di Bank, membeli emas atau melabur dalam amanah saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Tapi haruslah selalu diingat tanpa ilmu dan kaedah pelaburan saham yang betul duit yang bakal kita laburkan pasti akan habis atau lebur dalam sekelip mata.  Sebelum kita pergi lebih jauh mari kita lihat ape itu saham?

Saham merupakan bukti hak milik ke atas sesuatu syarikat atau perusahaan dalam bentuk perseorangan terbatas.
3 jenis saham :-
  1. Risiko terhad "limited risk",
  2. Pengawalan sepenuhnya "ultimate control",
  3. Tuntutan baki "residual claim."

* Sumber dari wikipedia.

Setelah kita tahu maksud saham, mari kita lihat perkara asas yang perlu ada untuk melabur
dalam saham:

  • Ilmu yang mencukup tentang selok-belok saham.
  • Membuka akaun CDS.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang mentor yang berpengalaman untuk membimbing.
  • Meluangkan sedikit masa untuk menganalisa pasaran & memilih kaunter yang sesuai untuk dilabur.
  • Membuat pengiraan berkaitan modal serta keuntungan yang ingin diperolehi daripada kaunter yang dilabur.
  • Mengawal emosi dengan baik.
  • Membuat semakan atas pelaburan samada ianya untung atau rugi.

Perkara- perkara adalah penting untuk memastikan pelaburan saham kita berjaya dan berpanjangan.

- Tim Panduan Melabur Saham -