Saturday, December 6, 2014

Asas Pelaburan Saham



Pelaburan saham atau main saham merupakan salah satu atau kaedah untuk menggandakan wang simpanan anda selain dari membuat simpanan anda di Bank, membeli emas atau melabur dalam amanah saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Tapi haruslah selalu diingat tanpa ilmu dan kaedah pelaburan saham yang betul duit yang bakal kita laburkan pasti akan habis atau lebur dalam sekelip mata.  Sebelum kita pergi lebih jauh mari kita lihat ape itu saham?

Saham merupakan bukti hak milik ke atas sesuatu syarikat atau perusahaan dalam bentuk perseorangan terbatas.
3 jenis saham :-
  1. Risiko terhad "limited risk",
  2. Pengawalan sepenuhnya "ultimate control",
  3. Tuntutan baki "residual claim."

* Sumber dari wikipedia.

Setelah kita tahu maksud saham, mari kita lihat perkara asas yang perlu ada untuk melabur
dalam saham:

  • Ilmu yang mencukup tentang selok-belok saham.
  • Membuka akaun CDS.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang mentor yang berpengalaman untuk membimbing.
  • Meluangkan sedikit masa untuk menganalisa pasaran & memilih kaunter yang sesuai untuk dilabur.
  • Membuat pengiraan berkaitan modal serta keuntungan yang ingin diperolehi daripada kaunter yang dilabur.
  • Mengawal emosi dengan baik.
  • Membuat semakan atas pelaburan samada ianya untung atau rugi.

Perkara- perkara adalah penting untuk memastikan pelaburan saham kita berjaya dan berpanjangan.

- Tim Panduan Melabur Saham -



No comments:

Post a Comment