Tuesday, December 9, 2014

Tips- Tips Penting Pelaburan Saham



Berikut adalah merupakan tips- tips penting yang bole digunakan dalam memastikan pelaburan saham kita berjaya dan berpanjangan:

a) Pastikan ilmu berkaitan saham mencukupi

Ini adalah antara elemen yang sangat penting dalam memastikan pelaburan saham anda berjaya dan berpanjangan. Tanpa ilmu yang yang mencukupi amatlah sukar untuk kita bertahan dalam dunia saham. Ia juga boleh menyebabkan modal dan masa yang kita habis begitu sahaja malahan kita terpaksa menanggung kerugian.

Jadi dapatkanlah ilmu sebanyak yang mungkin sebelum kita membuat keputusan untuk melabur. Pembelajaran setiap orang adalah tidak sama dan mengikut kemampuan masing-masing.

b) Kawal modal yang ada

Pengawalan modal adalah juga penting untuk memastikan kita mempunyai simpanan sekiranya
pembelian saham yang dibuat sebelum ini masih belum mendatangkan keuntungan disebabkan
penurunan harganya.

sebaiknya peruntukan 30% sahaja untuk pembelian saham dan 30% untuk pembelian saham kedua, manakala lebihan 40% pula disimpan untuk kegunaan masa tertentu. Kemudian gunakan nisbah yang sama untuk pembelian seterusnya.

c) Banyak membaca & ambil tahu

Pembacaan yang banyak & bertanya dari mentor atau pakar mengenai saham mampu memantapkan lagi asas kita dalam pelaburan saham. selain itu dengan mengambil tahu berita terkini berkenaan sesuatu saham yang ingin dibeli boleh membantu dalam memberikan kita panduan untuk pembelian saham yang lebih tepat.

d) Kawal emosi agar tidak tamak

Ini juga adalah antara elemen penting yang perlu dititikberatkan kerana tanpa kawalan emosi  yang baik, ia akan menyebabkan kita mengalami kerugian malahan boleh menyebabkan modal kita hangus.

e) Yakin dengan pilihan anda

Mengikut permerhatian dan pengamatan saya, terdapat ramai pelabur yang terikut-ikut dengan kaedah atau cara melabur orang lain. Mereka tidak mahu membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan. Mereka lebih percayakan orang lain dari diri mereka sendiri. 

f) Selalu membuat ulangkaji

Adalah amat penting untuk membuat ulangkaji dan penilaian semula terhadap tahap pelaburan kita. Adakah kaedah dan cara yang digunakan bersesuaian dan yang paling penting mendatangkan keuntungan. Jika tidak ambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji atau membaca semula nota atau rujukan yang kita ada untuk mendapatkan kepastian jika berlaku sebarang kesalahan dalam kaedah atau teknik yang digunakan.

adalah lebih baik jika kita dapet merujuk kepada sifu atau mentor kita untuk mengetahui maklum balas mereka mengenai kaedah pelaburan kita.

g) Berhati- hati dengan syarikat yang beri signal

Terdapat syarikat di luar sana samada di dalam atau dari luar negara yang menawarkan khidmat memberikan signal melalui SMS atau email. Mereka menawarkan servis  seperti ini sama ada secara bulanan mahupun tahunan. Harga yang ditawarkan juga ada yang murah & tidak kurang juga yang mahal. Saya pernah juga dihubungi oleh syarikat yang menawarkan servis seperti ini tetapi hargayang ditawarkan amatlah mahal dan tidak mampu ditanggung oleh saya. Di samping itu, saya juga tidak mengetahui latar belakang syarikat tersebut & kepastian tentang kredibiliti mereka.

Jadi di harap anda dapat berhati-hati dengan syarikat sebegini. Jika hendak mendapatkan servis seperti ini, disarankan untuk anda mengambil "free trial" terlebih dahulu untuk mendapatkankesahihan tentang servis yang ditawarkan. 

Semoga tips- tips yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin untuk membantu pelaburan saham kita agar lebih berjaya di masa akan datang.


- Tim Panduan Melabur Saham -

No comments:

Post a Comment